Siakap Keli

“Namun Kita Lakukan Perkara Yang Sebaliknya Seolah-Olah Teringin Benar Ke Neraka” – PU Syed

Kontroversi panas yang melanda kedua-dua pelakon popular nampaknya menjadi semakin hangat. Aksi panas yang tular dan menjadi buah mulut ramai itu turut mendapat perhatian Pencetus Ummah atau lebih dikenali sebagai PU Syed.

Menerusi teguran yang dimuat naik di laman instagram beliau, PU Syed menyifatkan perbuatan kedua-dua pelakon tersebut sebagai tidak senonoh walau apa jua alasan yang diberikan.

Malah, PU Syed turut menyarankan agar kedua-dua mereka untuk terus bernikah agar boleh melakukan apa sahaja secara halal di sisi agama.

Tambah PU Syed, pihak berkuasa perlu menggubal undang-undang khas untuk membendung golongan artis dari menunjukkan gaya hidup negatif mereka kepada orang ramai.

”Ambe rasa perlu Menteri Agama, dan JAKIM membuat satu garis panduan, bahkan menggubal undang-undang khas membendung artis-artis yang menunjukkan gaya kehidupan yang negatif ini agar kembali kepada landasan yang sebenar.”

Sebelum ini, PU Syed juga telah melontarkan teguran pedas kepada pelakon Nabila Huda susulan gambar yang diambil oleh pelakon itu bersama seekor anjing.

Sumber: Instagram PU Syed

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra