Siakap Keli
Gambar: Metro

Suami Didakwa Bunuh Diri Lepas Dipercayai Penggal Kepala Isteri, Kelar Leher Anak

Seorang lelaki telah didakwa bertindak memenggal kepala isteri serta mengelar leher anaknya yang berusia 5 tahun sebelum menggantung dirinya beberapa jam sebelum perbicaraan kes perceraiannya dijalankan, lapor pihak polis.

Menurut New York Daily News, Pihak polis telah menjumpai kepala, Jennifer Schlecht, 42, diletakkan di atas pangkuannya di bilik mandi sebuah pangsapuri di New York pada malam rabu.

Anak perempuan pasangan itu pula ditemui mati di dalam bilik tidurnya dengan kesan kelaran pada lehernya yang amat dalam.

Suspek yang juga bapa kepada kanak-kanak itu telah ditemui mati di bilik tidur anaknya itu akibat menggantung diri sejurus selepas membunuh isteri serta anaknya. Pihak berkuasa menyatakan bahawa lelaki tersebut bertanggungjawab atas pembunuhan kejam yang dilakukannya itu.

Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut sepatutnya hadir ke mahkamah bagi prosiding perceraian beberapa jam sebelum mayat sekeluarga itu ditemui mati.

Pihak berkuasa terus bergegas ke pangsapuri keluarga tersebut sejurus selepas abang mangsa melaporkan pada pihak polis bahawa dia gagal menghubungi kakaknya itu.

Seorang jiran yang enggan mendedahkan namanya memberitahu pada media bahawa dia selalu bertegur sapa dengan lelaki itu.

“Dia merupakan seorang yang baik serta penyayang. Kedua-dua isteri serta anaknya itu amat memujanya,” katanya.

“Saya sangat tidak menyangka yang dia boleh bertindak sekejam ini,” tambahnya lagi.

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)