Siakap Keli

Suspek Didakwa Mati Dalam Penjara Lepas Ditahan ‘Suap’ Anak Dengan Heroin

Seorang lelaki yang sebelum ini didakwa melakukan cubaan membunuh bekas teman wanita dan menyuntik dadah jenis heroin ke mulut bayi perempuannya sendiri disahkan meninggal dunia semasa masih lagi berada dalam tahanan penjara.

Roger Weir, 52, dipenjarakan di HMP Berwyn di Wrexham telah dikejarkan ke hospital yang terletak di bandar Maelor setelah mengalami kesakitan di bahagian perut serta meninggal dunia di unit rawatan rapi setelah 12 hari dimasukkan ke situ.

Bedah siasat yang dijalankan oleh pakar patologi, Dr Brian Rodgers, menunjukkan bahawa punca kematian Roger adalah disebabkan oleh kanser hati.

Pada satu sidang ringkas yang diadakan Ruthin John Gittins, seorang koroner senior mencadangkan untuk diadakan satu inkues kerana Roger berada di dalam tahanan pada waktu itu namun inkues itu ditangguhkan ke tarikh yang ditetapkan.

Roger telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun di Mahkamah Winchester Crown pada tahun 2012 selepas mengaku atas cubaan membunuh bekas teman wanitanya.

Dalam perbicaraan di mahkamah, Roger dikatakan pergi rumah teman wanitanya di Eastleigh pada 7 Mei 2012 dilengkapi dengan senapang suar.

Teman wanitanya berjaya melarikan diri dalam serangan itu dan membunyikan penggera kecemasan bagi mendapatkan bantuan dari polis.

Roger memberitahu polis bahawa dia marah kerana wanita itu mempunyai lelaki lain.

Dia juga memberitahu mahkamah bahawa dia memasukkan heroin ke dalam mulut bayinya yang berusia 20 bulan sebagai cara untuk ‘mendapatkan’ kembali bekas isterinya.

Sumber: Mirror.UK

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra