Siakap Keli
Kredit: Suppa Lol

(Video) ‘Banjir Kuning 2014’, Tragedi Bencana Besar Jejaskan Ratusan Ribu Orang Satu Ketika Dahulu

Bagi rakyat di pantai timur terutamanya, Kelantan, pasti anda masih mengingati peristiwa banjir paling teruk dalam sejarah yang menjadi detik hitam negeri ini pada 2014. Banjir tersebut telah mengakibatkan kerosakan infrastruktur, rumah dan harta benda ratusan ribu penduduk dengan kerugian yang besar.

Fenomena tersebut telah menenggelamkan rumah penduduk dengan air berlumpur, bahkan ada dakwaan menyatakan antara rumah mangsa yang dibuat daripada papan telah kehilangan dinding serta teralih dari kedudukan asal.

Kredit: Sarina Yusoff, Rahimah Abdul Aziz

Selain itu, taburan hujan yang lebat di seluruh Kelantan telah menyebabkan peningkatan paras air ke paras bahaya di kebanyakan sungai utama sehingga mencapai lebih 24 meter antaranya Sg. Golok (24.77 m), Sg. Lebir (33.15 m) dan Sg. Galas (35.59 m).

Banjir yang mencecah kedalaman 1.5 sehingga 2 meter di beberapa kawasan itu (Kg. Kolam, Kg. Meranti) turut menyebabkan beberapa laluan ditutup akibat jalan runtuh.

Sumber: Sarina Yusoff & Rahimah Abdul Aziz, Suppa Lol, Info Roadblock JPJ/Polis

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.