Siakap Keli
Foto: Azwan mahmin

(Video) Penuh Adab, Tular Video Pelajar Salam ‘Pak Guard’ Sebelum Masuk Sekolah Terima Pujian Netizen

Melentur buluh biar dari rebungnya yang membawa maksud didikan pada anak-anak di awal usia mereka. Bahkan, pepatah Melayu ini sesuai untuk diberi kepada sebuah sekolah di mana tular satu video mengenai murid bersalaman bersama ‘Pak Guard’.

Sungguh luar biasa. Rakaman murid bersalaman dengan pengawal keselamatan yang teguh berdiri di pintu sekolah tersebut menjadi perhatian ramai. Rakaman yang berdurasi selama 41 saat itu meraih lebih lebih 300 ribu tontonan sejak dimuat naik di laman Facebook milik, Azwan Mahmin.

Terlebih dahulu mohon maaf pada pihak sekolah dan pada sesiapa yang terlibat kerana mengambil video curi-curi.

Saya rasa tersentuh dengan budaya yang diterapkan pada semua pelajar sekolah ini untuk menghormati pada semua golongan iya itu orang yang lebih tua dan seperti video yang diambil secara curi-curi ini.

Tahniah pada semua kakitangan sekolah dan semua ibu bapa..
Saya rasa sangat bangga dengan melihat budaya yang diamalkan ada sekolah ini. Ini merupakan antara 1 nilai didikan moral terbaik.

Difahamkan melalui video tersebut, satu didikan yang baik diterapkan kepada pelajar ini apabila mereka menunjukkan rasa hormat yang tinggi kepada staf sekolah tersebut termasuklah pengawal keselamatan sekolah tersebut.

Lebih daripada 11 ribu perkongsian itu mendapat pujian para netizen kerana mengamalkan sikap menghormati tidak kira apa jua jenis pekerjaan. Diruangan komen, rata-rata netizen memuji murid di sekolah tersebut.

Bahkan video ini juga nendapat perhatian daripada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik di laman Twitternya.

Harap amalan seperti ini dapat dicontohi oleh banyak lagi sekolah di Malaysia ini.

“Dapat mengelakkan kebencian dalam masyarakat”

“Ni lah yg dkatakan seimbang pelajar pintar pelajar beradab.”

“Didikan dari guard tu sebenarnya”

 

Sumber: Azwan mahmin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang