Siakap Keli

(Video) Remaja Kerja ‘Part Time’ Hantar Pizza, Maut Dirempuh Bas Didakwa Hilang Kawalan

Seorang pelajar tingkatan empat dilaporkan maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh oleh sebuah bas persiaran dalam kelangan di persimpangan empat lampu isyarat Setia Triangle Bayan Lepas, petang semalam.

Selain daripada mangsa yang maut, dua orang lagi dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam kemalangan yang berlaku kira-kira 6.30 petang itu. Mangsa yang maut ialah Muhammad Saifullah Muhammad Hafiez berumur 16 tahun merupakan pelajar di Sekolah Menengah Sungai Ara meninggal di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Daya Supt. A.A Anbalagan berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku membabitkan lima kenderaan termasuk bas persiaran dan motosikal ditunggang mangsa yang turut bekerja sambilan menghantar pizza di sebuah restoran makanan segera.

Tambah Anbalagan lagi, bas itu dipercayai mengalami masalah brek dan hilang kawalan turut melanggar tembok batu pagar kawasan perumah di situ. Walau bagaimanapun, pemandu bas tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut dan ujian air kencing akan dijalankan untuk mengetahui sama ada lelaki tersebut memandu di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya. Menerusi beberapa perkongsian di Facebook, ada segelintir netizen yang mendakwa pemandu berkenaan mabuk ketika memandu.

Sumber: Bernama / Twitter

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)