Siakap Keli

Bengang Ayam Tak Pernah Bertelur, Pemilik Sembelih Dan Terkejut Jumpa ‘Harta Karun’

Seorang lelaki bertindak menyembelih ayamnya ekoran haiwan itu tidak pernah menghasilkan telur. Namun, apa yang dia dapati selepas menyembelih ayamnya sangat mengejutkan.

Setelah menyembelih ayam, ternyata terdapat objek yang dikatakan harta karun dan lantas membuatkan lelaki dari China itu menjadi seorang yang kaya. Apa tidaknya, harta karun itu dilaporkan bernilai melebihi RM20 ribu yang selama ini terdapat di dalam ayam tersebut.

Lelaki berkenaan menjumpai satu objek berbentuk bujur dan ianya mempunyai saiz yang lebih besar daripada telur itik. Permukaan objek itu pula berwarna coklat kekuningan tetapi keras seperti batu.

Sebelum ianya dikeringkan, objek itu dikatakan mempunyai berat kira-kira 100 gram. Namun, setelah dikeringkan, berat objek itu hanya mencatatkan 70 gram. Tidak mengetahui apakah objek tersebut, lelaki yang bernama Song itu telah menangkap gambar dan menghantar kepada rakan-rakannya.

Sejak itu, barulah dia mengetahui bahawa objek itu merupakan harta karun yang harganya mencecah puluhan ribu ringgit.

Objek itu dikatakan sebagai “Chi Bao” atau lebih dikenali sebagai “harta karun ayam”. Objek berkenaan hanya muncul pada sel telur yang sakit. Namun begitu, tidak semua ayam memiliki benda ini di dalam tubuhnya.

Walaupun objek berkenaan seakan mirip dengan komponen telur kuning, namun ada yang menyebutnya sebagai batu empedu ayam. Ianya juga boleh digunakan sebagai ubat herbal di China.

Sumber: Tribunnews

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra