Siakap Keli

Didakwa Kerana Mahu Staf Kelihatan Sempurna, Beberapa Syarikat Jepun Dilapor Tak Benarkan Staf Wanita Pakai Cermin Mata

Jepun merupakan sebuah negara yang maju dan canggih dengan teknologi, namun begitu satu kenyataan telah dikeluarkan dimana pekerja wanita tidak dibenarkan memakai cermin mata.

Perkara tersebut telah mendapat tentangan daripada masyarakat disana. Beberapa berita tempatan telah menyatakan bahawa terdapat beberapa syarikat telah “mengharamkan” penggunaan cermin mata bagi pekerja wanita di negara tersebut.

Perkara itu dilakukan untuk tujuan keselamatan, terutamanya yang bekerja dalam industri penerbangan serta bagi memastikan mereka yang bekerja dalam sektor kecantikan sentiasa sempurna.

Walaubagaimanapun, kenyataan tersebut masih tidak jelas akan “larangan” yang akan dilakukan.  Adakah ia berdasarkan kepada dasar syarikat atau hanya persekitaran sosial ditempat kerja tersebut.

Tetapi topik itu telah viral di media sosial, sehingga hashtag “larangan cermin mata” telah tular di Jepun.

Malahan, isu berkaitan penggunaan kasut tumit tinggi ditempat kerja juga turut hangat diperkatakan.

Perkara tersebut seperti menjadi keutamaan kepada kod pemakaian kerja wanita di Jepun yang harus di patuhi mereka.

Sumber: BBC

 

Zetty Amelia