Siakap Keli

(Video) Kemunculan Patin Gergasi Gemparkan Kaki Pancing

Tuah berpihak kepada sekumpulan kaki pancing apabila candit yang dipasang di dalam sungai ‘mengena’. Malah, tangkapan itu lebih mengejutkan mereka ekoran saiz tangkapan yang besar dan mempunyai berat kira-kira 150 kilogram(kg).

Ikan patin seberat 150kg telah berjaya dinaikkan oleh penduduk kampung di Kampung Jejawi, Pasir Mas, Kelantan. Pada awalnya, candit dipasang kerana air sungai yang mulai naik akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

IKAN PATIN 150KGKampung Jejawi, Pasir Mas, Kelantan.ikan patin seberat 150kg berjaya dinaikkan penduduk kampung pagi tadi .. Tahan candik katanya..Kredit video wassap group

Posted by Anak Jati Rantau Panjang on Friday, 8 November 2019

Daripada video yang dikongsi, nyata kaki-kaki pancing ini terkejut dengan hasil penemuan hari tersebut.

Menurut laporan, salah seorang pemancing menyangka ianya buaya, rupa-rupanya seekor ikan patin buah gergasi.

Bayangkan ikan patin seberat lebih 100kg menjadi hasil tangkapan. Siapa tak tergamam?

IKAN PATIN 150KG Air sungai semakin meningkat Kampung Jejawi, Pasir Mas, Kelantan.Tahun lepas bulih doh.. Tahun ni…

Posted by Kawe Anok Kelate on Friday, 8 November 2019

Rata-rata netizen turut terpukau dengan saiz ikan patin yang dibawa keluar daripada sungai berkenaan.

Sumber: Sinar Harian / Facebook

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.