Hari ini merupakan sambutan Maulidur Rasul dan seluruh umat islam di dunia tidak melepaskan peluang untuk mengimarahkan hari mulia ini. Sambutan Maulidur Rasul dipenuhi dengan perarakan dan selawat sambil memperingati pengorbanan Nabi Muhammad SAW dalam memperjuangkan Islam.
Bertemakan ‘Negara Rahmah Ummah Sejahtera’ tahun ini, sambutan Maulidur Rasul diadakan secara sederhana di seluruh negara dengan penuh keinsafan dan penghayatan. Namun, apa yang turut menarik perhatian pada hari ini apabila rakaman ‘persembahan’ daripada lori jenis treler yang membunyikan hon persis irama selawat ke atas Rasulullah SAW.
Salam Maulidur RasulKredit : Rezeki HEAVY Haulage
Posted by Galeri Lori Bas on Friday, 8 November 2019
Menerusi rakaman berkenaan, lori tersebut membunyikan hon menggunakan irama persis selawat yang lazimnya didendangkan oleh ramai orang terutamanya pada hari ini.
Rakaman yang dimuat naik di Facebook Galeri Lori dan Bas itu menarik perhatian ramai warganet yang sangat menyukai dengan irama yang dimainkan oleh lori berkenaan.
“Hebat bro…dengan hon pun boleh buat irama”
“Sempoi salam Maulidur Rasul”
“Jarang jumpa lori ada piano”
Sumber: Galeri Lori dan Bas via Rezeki HEAVY Haulage