Siakap Keli

Kenali ‘Burung Dari Syurga’, Tarian Pikat ‘Si Betina’ Kibas Bulu Mengagumkan

Kepelbagaian hidupan di muka bumi ini memperlihatkan wujudnya pelbagai jenis haiwan yang sangat unik dan mungkin belum lagi ditemui oleh manusia.

Salah satu haiwan yang unik ialah burung Lophorina Niedda yang juga berada dalam kategori burung cendrawasih.

Burung ini kebanyakannya banyak ditemui di Indonesia terutamanya di bahagian New Guinea.

Dipenuhi dengan bulu warna hitam dengan corak biru kehijauan, burung ini ditemui sejak tahun 1930 oleh seorang ahli biologi dan taksonomi, Ernst Mayr yang berasal dari Jerman.

Lophorina Niedda atau dikenali sebagai Bird of Paradise (burung dari syurga) hidup di hutan hujan tropika di Papua iaitu di wilayah pergunungan dengan ketinggian 1200 hingga 2000 meter di atas permukaan laut namun habitat burung itu kebiasaannya ditemukan di ketinggian 1.650  hingga 1.900 meter di atas permukaan laut.

Disebabkan Lophorina Niedda membuat sarang di atas dahan pokok yang tinggi, burung eksotik itu juga sukar untuk ditemui.

Berbeza dengan burung-burung lain yang hanya makan buah atau biji-bijian, burung itu mempunyai citarasa unik apabila makan semua jenis makanan seperti buah-buahan, serangga, katak, reptilia dan burung kecil.

Burung itu juga mempunyai perbezaan di antara betina dan jantan iaitu burung betina mempunyai corak yang lebih simple iaitu dengan warna bulu coklat diselangi putih dan hitam manakala burung jantan pula tampil ‘meriah’ dengan bulu berwarna hitam legam serta diselangi warna corak biru neon.

Burung jantan itu akan nampak lebih menarik dan ‘cantik’ ketika ia membuka sayap kerana imej seperti sepasang mata dan mulut akan terlihat dan disebabkan itu juga mereka disebut sebagai smiley face.

Bukan sekadar untuk ‘hiasan’, corak bulu burung jantan itu juga boleh menjadi tarikan untuk ‘menawan hati’ burung betina dengan mengibaskan bulu-bulunya. Burung jantan juga akan ‘menari-nari’ dengan rancak dan apabila ia mula mendapat perhatian burung perempuan, keduanya akan memulakan proses mengawan.

Kebiasaannya, musim mengawan akan berlaku antara bulan ogos dan Januari pada setiap tahun dan uniknya Lophorina Niedda jantan boleh mengawan dengan beberapa ekor burung betina dalam masa yang sama.

Burung betina pula lazimnya akan bertelur dalam satu hingga dua biji telur dan akan mengeramkannya selama 18 hingga 19 hari. Anak burung boleh terbang di hari ke-18 setelah menetas.

Sumber: IDN TIMES

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra