Siakap Keli

Penginapan Paling Best Di Johor Tepi Laut Untuk Cuti Sekolah Ini

Cuti sekolah bakal bermula tidak lama lagi, ibu bapa pasti pening memikirkan lokasi pelancongan yang sesuai untuk seluruh ahli keluarga. Anda tidak perlu pergi jauh-jauh kerana pusat peranginan Lotus Desaru Beach Resort di Johor menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang mengujakan sesuai untuk dinikmati bukan sahaja untuk seisi keluarga malahan sahabat handai.

Mementingkan kepuasan pelanggan, Lotus Desaru Beach Resort menyediakan kediaman apartmen yang mempunyai 4 jenis bilik iaitu  jenis satu bilik, dua bilik, tiga bilik, empat bilik dan bilik suite (VIP).

Kesemua bilik dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti perabot, televisyen, Wifi percuma dan ruang dapur yang boleh memberikan rasa seperti berada di rumah sendiri.

Anda juga pasti akan teruja dengan Splash Park yang sudah tentu menjanjikan keseronokan dan kegembiraan untuk seisi keluarga.

Rasai sendiri pengalaman bermandi-manda di lagoon pool, grotto, aqua play, lazy river, relaxing gazebo dan falling coconut. 

Selain itu, bagi yang berkunjung untuk melakukan family day dan acara santai dengan keluarga atau rakan sekerja , kemudahan untuk melakukan BBQ juga disediakan.

Seperti di pusat peranginan lain, Lotus Desaru Beach Resort juga menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi iaitu indoor activities dan outdoor activities yang boleh dirasai oleh semua peringkat umur.

Bagi yang gemar untuk melakukan activities, anda boleh menghabiskan waktu dengan bermain table tennis, carrom, monopoly, snake ladder, mahjong, pool table, board games, mug painting, face painting, batik painting, tug of war, telematches, treasure hunt, paintball, archery, arcade games dan chess.

Outdoor activities pula melibatkan permainan air antaranya, banana boat, sand castle, beach volleyball, sandy soccer dan banyak lagi.

Setelah penat melakukan aktiviti-aktiviti rekreasi, anda boleh mengisi perut di Teratai Coffee House yang mempunyai variasi makanan yang menyelerakan mengikut citarasa Asian sambil menikmati pemandangan pantai yang indah dan mempesonakan.

Anda juga boleh singgah di Rhu Seafood Restaurant untuk merasai sendiri menu-menu makanan laut dengan sentuhan rasa masakan Cina Malaysia serta masakan barat yang juga mempunyai variasi tersendiri.

Ruang untuk bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan juga disediakan dengan memuatkan seramai 550 orang.

Lotus Desaru Beach Resort juga mempunyai ballroom yang boleh memuatkan seramai 500 orang sesuai dengan sebarang acara atau jamuan serta mempunyai 15 bilik untuk kemudahan melakukan mesyuarat yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan.

Kemudahan gym dan karaoke juga disediakan bagi yang ingin beriadah dan bersantai bersama ahli keluarga.

Bagi yang ingin merehatkan tubuh badan, anda boleh berkunjung ke Lotus Suria Spa yang menyediakan pelbagai jenis rawatan berdasarkan perubatan tradisional India.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, layari laman web rasmi Lotus Desaru Beach Resort iaitu Lotusdesaru.com atau hubungi di talian 07-8842800.

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.