Siakap Keli

Sebak, Ayah Pinjam Moto Bos Bawa Anak Konvo, Tak Ada Duit Ambil Gambar Kenangan Sentuh Hati Ramai

Majlis graduasi bukan hanya diadakan untuk pelajar instistusi pengajian tinggi sahaja tetapi kini sudah melibatkan kanak-kanak di tadika atau pra sekolah.

Perkara ini bukan sahaja sudah menjadi trend malah ibu bapa perlu mengeluarkan sedikit wang dalam menjayakan majlis graduasi anak mereka.

Namun, dengan komitmen dan tanggungan keluarga yang banyak, kadang-kala ia menjadi beban. Ada yang tidak mampu dan hanya cukup-cukup makan sahaja selama ini.

Seperti perkongsian dari seorang lelaki yang mejadi tular di media sosial sejak semalam. Dia yang menghadiri majlis graduasi anaknya itu ditakdirkan bertemu dengan seorang bapa yang mengalami masalah kewangan.

Meruntun hati apabila selesai sahaja majlis graduasi, dia melihat situasi bapa tersebut yang terpaksa mengajak anaknya untuk pulang ke rumah. Ini kerana bapa itu tidak mempunyai cukup wang untuk sesi bergambar yang berharga RM20.

Ambil gambar di graduasi tadika

Tanya pakej paling murah berapa?

Bagi alasan tak bawa duit..

Pinjam moto bos pergi konvo anak

Rata-rata netizen yang tersentuh turut membanjiri ruangan komen dengan menzahirkan perasaan mereka.

Benarlah, jika kita merasa susah masih ramai lagi di luar sana yang terpaksa bergelut dan berhempas-pulas demi sesuap nasi. Belajarlah untuk bersyukur dengan rezeki yang ada.

Moga urusan mereka dipermudahkan Tuhan.

Kesusahan itu satu fasa hidup

Menangis baca..

Sebak sangat..

Sumber : Twitter @akuskizo

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra