Siakap Keli

“Jangan Minum Minuman Bergula,” Lelaki Ini Kongsi Tips Diet, Turun Berat Lebih 50kg

Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk turunkan berat badan. Ada yang jenis diet tanpa berpantang, ada juga jenis yang berpantang sehabis boleh. Ikut cara dan timeline masing-masing.

Penatlah diet tapi tak kurus-kurus juga. Macam mana ni?!

Jika anda mempunyai masalah sukar turun berat badan, boleh ikuti cara yang dikongsikan oleh @ZafriAmier tentang cara dia ‘pupuskan’ hampir 52 kg.

Pemilik akaun Twitter itu telah membuat satu thread untuk berkongsi kejayaan beliau menurunkan berat badan yang mungkin juga boleh menjadi panduan serta inspirasi pengguna Twitter yang lain.

 

Dari 140 kepada 88.7, tinggal lagi 13 kg  untuk mencapai matlamat iaitu 75kg tapi setakat ni saya  happy dengan kemajuan yang dialami. Proses menurunkan berat badan ini bukanlah satu proses yang mudah. 30kg pertama adalah agak mudah tetapi 13kg yang terakhir adalah yang paling sukar untuk disingkirkan.

 

Sesiapa sahaja yang ada niat atau bercita-cita untuk turunkan berat badan, jangan pernah mengalah. Mula – mula memang agak susah, namun apabila anda sudah melihat dan merasa perubahan dalam diri anda, you’ll never look back!

Seseorang yang tak akan pernah dilupakan, orang yang sentiasa memberi nasihat  tentang diet dan bersenam. Orang yang selalu mempunyai jawapan terhadap semua persoalan saya. Semoga abang Dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

 

Calorie Counter membantu untuk kita kira jumlah kalori yang diambil supaya dapat mengawal pengambilan kalori seharian. Hanya perlu google calorie counter.

 

Selepas anda masukkan semua informasi, dia akan terus sertakan berapa banyak kalori yang perlu ada ambil untuk menurunkan berat badan anda. Jadi anda dah ada garis panduan untuk tetapkan jumlah makanan yang perlu dan boleh diambil.

 

Macam mana nak kesan berapa banyak kalori yang ada dalam badan kita ? Terdapat aplikasi yang boleh membantu. Saya menggunakan aplikasi myfitnesspal, jadi saya boleh set berapa banyak kalori yang saya perlu ambil setiap hari.

Setiap kali kita makan, hanya perlu catat atau masukkan jenis makanan dan berapa hidangan. Kemudian secara automatik aplikasi itu akan senaraikan berapa banyak karbohidrat, protein, lemak yang ada hidangan itu.

Satu perkara yang anda perlu tahu, tubuh badan manusia sangat cepat dan bagus dalam menyesuaikan diri atau kondisi badan kita dengan keadaan. Mula- mula anda akan rasa susah untuk mengawal pemakanan tapi apabila badan dah mula menyesuaikan diri, perjalanan anda untuk menurunkan berat badan akan menjadi mudah.

Sentiasa tingkatkan intensiti dalam melakukan senaman, cabar tubuh badan untuk bakar lemak serta kalori yang diambil, namun jangan keterlaluan.

Konsistensi adalah kunci dalam menurunkan berat badan. Selalunya, apabila bercakap soal diet, orang akan terus menolak dan tidak makan nasi. Namun, nasi sebenarnya adalah sangat bagus untuk kita. Lauk yang kita ambil menentukan penambahan kalori serta lemak dalam pemakanan harian kita.

Diet bukanlah bermaksud anda perlu mengikat perut tapi bagi saya adalah apa yang kita masukkan dalam badan kita, berapa lemak, karbohidrat, protein yang kita ambil dalam satu hidangan.

 

 

Spray minyak mengurangkan penggunaan minyak ketika memasak.

Sentiasa mengawal portion setiap kali makan.

Intermittent fasting (IF) turut boleh diamalkan. Ia sangat fleksibel dan akan mengurangkan serta mengehadkan waktu makan anda. IF adalah anda berpuasa selama 16 jam dan waktu makan anda hanyalah sebanyak 8 jam sahaja.

 

 

Sumber : Twitter

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)