Siakap Keli
Gambar Hiasan. (Kredit Foto: catster)

Kagum, Ini Rupanya Alasan Kenapa Kucing Dicipta Mempunyai Misai, Tak Kira Jantan Atau Betina

Kucing merupakan haiwan yang kebiasaannya dipelihara oleh masyarakat pada hari ini. Hal ini mungkin kerana sifat manja yang ada pada kucing menjadi tarikan pada manusia untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Sifatnya yang manja juga turut dapat menghiburkan hati kita sebagai tuannya. Kadangkala pengemar kucing ini jadikan kucing sebagai tempat mengadu untuk hilangkan stress atau tekanan di tempat kerja atau sebagainya.

Namun, masih ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu kenapa wujudnya misai pada kucing. Ada juga yang suka-suka memotong misai kucing tanpa tahu kesannya. Ketahui mengapa wujudnya misai pada setiap kucing.

Apa fungsi misai pada kucing? 

Misai kucing merupakan bulu yang sangat sensitif. Hal ini kerana kucing menggunakan misainya untuk menentukan sesuatu ruang yang akan dilaluinya.

Sebagai contoh, kucing akan  menggunakan misainya bagi mengukur lubang yang bakal dilakuinya dilaluinya. Lazimnya, semakin besar kucing tersebut, semakin panjang misainya.

Selain itu, pergerakan misai kucing juga merupakan tanda mood kucing ketika itu. Jika kedudukan misai kucing tersebut kebelakang, emosi kucing tersebut dalam keadaan marah ataupun ketakutan.

Bagi misai kucing yang tiada pergerakan atau aras misainya biasa menandakan mood kucing tersebut dalam keadaan tenang.

Manakala jika misai kucing tersebut kehadapan ia menandakan kucing tersebut dalam keadaan agresif atau ingin memburu sesuatu.

Kucing turut menggunakan misainya untuk menentukan kedudukan mangsanya. Mereka akan menggunakan misai untuk menentukan jarak sebelum menyerang sesuatu mangsa.

Adakah misai kucing boleh dipotong?

Terdapat juga kucing yang mempunyai misai yang serabut. Tidak salah untuk memotong misai kucing kerana ianya tidak mendatangkan kecederaan kepada kucing tersebut.

Kredit Foto: novacatclinic

Namun, kucing akan mengalami sedikit kesukaran apabila misainya dipotong. Hal ini kerana kucing akan merasa sedikit keliru dengan apa yang akan berlaku ke atas dirinya.

Ini disebabkan kucing menggunakan misainya untuk mengukur sesuatu jarak. Namun apabila misainya dipotong kedudukan atau jarak yang di lihat mungkin tidak tepat untuk dia melakukan sesuatu atau sebarang serangan.

Misai kucing juga akan gugur seperti rambut manusia. Namun, jangan risau kerana misai kucing yang gugur akan tumbuh kembali.

Misai kucing juga boleh berubah warna.

Jangan terkejut jika misai kucing anda yang biasanya bewarna hitam tiba-tiba berubah warna. Hal ini mungkin kerana perubahan pada umurnya.

Sumber: catster

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.