Siakap Keli

Ridzuan Puzi Rangkul Gangsa Di Olahraga Para Dunia

Atlet elit paralimpik Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi meneruskan persembahan yang mengagumkan di pentas antarabangsa apabila meraih pingat gangsa acara 100m T36 dengan catatan masa 11.97 saat pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Pingat emas dirangkul oleh pelari Australia James Turner yang juga telah mencipta rekod baru dunia dengan catatan masa sebanyak 11.72 saat mengatasi rekod dunia Ridzuan yang dipegang ketika beraksi di Jakarta.

Setakat ini Malaysia telah memenangi tiga pingat menerusi Jonathan Wong Kar Gee dan Ziyad Zolkefli yang merangkul pingat perak.

Namun begitu, Ridzuan masih mempunyai satu lagu acara iaitu 400 meter T36 yang bakal berlangsung pada 13 Novermber nanti.

Sumber : Facebook

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)