Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Tak Lepasi Syarat..,” Ini 5 Sebab Kenapa Korang Tak Dipanggil Temu Duga Kerajaan

Baru-baru ini isu masalah pengangguran dalam kalangan graduan baru, sukar untuk mendapat pekerjaan timbul apabila ramai di antara anak muda mula mempertikaikan masalah kelayakan dalam sektor kerajaan.

Pastinya ramai di antara mereka yang mengharapkan untuk memasuki dalam dunia pekerjaan. Ya, pada zaman sekarang agak sukar untuk menempah masuk dalam peluang kerja kerajaan.

Mungkin ramai yang kecewa kerana sehingga sekarang masih tidak dipanggil dalam temuduga. Kenapa? Ini persoalan yang bakal dijawab oleh pihak Suruhanjaya Perhidmatan Awam (SPA).

Kenapa saya tak dipanggil untuk temuduga?

Ini jawapannya.

  1. Tiada urusan pengambilan dijalankan kerana tiada laporan kekosongan oleh kementerian atau jabatan kepada SPA
  2. Permohonan yang dikemukakan tidak lengkap dan tidak berjaya didaftar dalam akaun data SPA
  3. Pendaftaran permohonan telah luput dan pemophon tidak memperbaharuinya.
  4. Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
  5. Pemohon tidak melepasi asas tapisan dan merit yang ditetapkan

 

 

Sumber: Jawatan Kosong Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)