Siakap Keli

(Video) Hadapi Krisis Kemanusian Hingga Kurus-Kering, Kanak-Kanak Yaman Dilaporkan Terpaksa Makan Daun Elak Kebuluran

Mungkin disebabkan desakkan hidup akibat peperangan yang sedang melanda dalam negara, tular beberapa keping gambar kanak-kanak di Yaman dalam keadaan kurus-kering dan dilaporkan terpaksa makan daun.

Menurut laporan Elites Reader, penduduk-penduduk di perkampungan Al-Mashrada, selatan negara berkenaan terpaksa mengumpul daun-daun dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai halas, dalam kalangan penduduk tempatan, sebelum direbus dan dijamah untuk mengikat perut.

Media antarabangsa sebelum ini menggambarkan keadaan di Yaman ketika ini sebagai ”Bencana Kemanusian Terbesar” pernah terjadi akibat Perang Saudara yang bermula sejak 2015 lagi.

Dianggarkan 3/4 penduduk negara bergolak itu memerlukan bantuan kemanusian. Malah, kebanyakkan kanak-kanak di sana tidak mendapat nutrisi yang secukupnya disebabkan kekangan dihadapi keluarga untuk membeli susu dan juga ubat.

Ramai berpendapat, sekiranya bantuan gagal diberikan, kanak-kanak malang ini mungkin berhadapan dengan kematian.

Sumber: Elites Reader

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.