Siakap Keli
Kredit: Deccan Herald/Bangkok Post

Alibaba Jual Barang RM 4.1 Bilion Seminit & LAZADA Jual Sejuta Item Sejam Pertama Sempena 11.11

Hanya dalam tempoh 1 minit 8 saat, Alibaba Group Holding telah menjana jualan sebanyak USD 1 bilion (bersamaan kira-kira RM 4.1 bilion), mencatatkan angka jualan keseluruhan mencecah RM 158.7 bilion ketika promosi Singles’ Day pada 11 November baru-baru ini.

Menurut Bloomberg, seramai 500 juta pengguna dari China, Rusia dan Argentina telah membanjiri platform berkenaan bagi mendapatkan pelbagai produk termasuk gajet Apple Inc dan Xiaomi Corp.

Syarikat berkenaan turut melancarkan kempen beli belah atas talian melalui pengaruh selebriti terkenal Taylor Swift dan ikon pop Asia, G.E.M. untuk meningkatkan jualan.

Menjadi salah satu syarikat terbesar China, pakar menjangkakan Alibaba kurang terjejas daripada krisis ekonomi yang berlaku, berikutan kedudukan syarikat itu dalam perdagangan atas talian.

“Alibaba mungkin berjaya mengelak dan keluar daripada perang perdagangan dalam keadaan yang baik (berbanding Baidu Inc. dan Tencent Holdings Ltd.),” kata Richard Wong, ketua ICT Asia Pasifik di Frost & Sullivan kepada Bloomberg.

“Sentimen dan keyakinan semasa dari segi perbelanjaan masih agak tinggi,” tambahnya.

Manakala Lazada Malaysia dalam kemaskini di laman facebooknya berkongsi rekod baru apabila pihaknya berjaya menjual lebih satu juta barang dalam tempoh sejam pertama sempena 11.11.

Shopee pula memaklumkan pihaknya berjaya menjual sebanyak 5 juta item.

Sumber: Bloomberg, Bangkok Post

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.