Siakap Keli
Kredit: Google

Anak & Suami Di Semenanjung, Guru Dakwa Hampir Bunuh Diri Dipercayai Tertekan Permohonan Pindah Tak Lulus

Tugas menjadi seorang pendidik amat sukar. Mendidik seorang anak pun sudah cukup mencabar, inikan pula mendidik ratusan malah ribuan anak-anak yang diamanahkan kepada kita.

Oleh itu, penting bagi kita sebagai ahli masyarakat untuk memahami tugas seorang guru kerana mereka juga insan biasa seperti kita.

Baru-baru ini, seorang guru yang merupakan seorang ibu dan isteri meluahkan tekanan yang dihadapinya berikutan permohonannya untuk berpindah sekolah ke semenanjung tidak mendapat kelulusan.

Beliau yang sedang berkhidmat di Marudi itu memohon pertukaran ke Selangor sebagai transit sebelum memohon perpindahan ke Kelantan agar dapat bersama suami dan anak-anaknya yang tinggal di sana.

Menurut guru berkenaan, dia sememangnya mempunyai masalah depresi dan mendapat rujukan dari pakar selain mendakwa hampir membunuh diri pada awal tahun ini.

“Saya memang ada masalah depresi dan mendapat rujukan dari pakar. Tapi sekarang saya dah tak pergi jumpa doktor sebab malas dan berputus asa, cuma berdoa.

“Memang saya hampir bunuh diri awal tahun ni tapi saya takut untuk lakukan kerana ingat dosa. Tapi memang saya ke arah itu dan sangat-sangat tertekan.

“Anak-anak saya perlukan saya. Anak-anak saya sampai tak makan makanan sihat. Asyik minum susu dah nak masuk 3 tahun minum susu disebabkan tak ada orang yang boleh buatkan makanan untuk dia.

“Suami saya sendiri makan pagi dan tengahari dia tu, pukul 5 petang baru dapat makan disebabkan urus anak-anak dan kerja.

“Saya minta tolong, saya nak pindah sangat-sangat,” katanya kepada seorang admin sebuah group di Facebook.

Lantaran itu, netizen menyuarakan sokongan dan memberi motivasi agar guru berkenaan terus bertahan demi anak, suami dan keluarganya.

Moga Allah mudahkan, puan harus kuat demi anak-anak

Cuba berhenti kerja, rehat dulu

Semoga urusan semua guru-guru kita dipermudahkan. Kepada para pelajar dan ibu bapa pula, hargai pengorbanan guru anda yang menjadi pendidik serta penjaga di sekolah, bahkan ada antara mereka yang terpaksa meletakkan keluarga sendiri pada nombor dua disebabkan amanah yang berat ini.

Sumber: Facebook

Amira

Love yourself.