Siakap Keli

Api Marak Menyala, Viral Video Lelaki Dijirus Dipercayai Minyak & Dibakar Hidup-Hidup Akibat ‘Perang Mulut’

Protes di Hong Kong yang bermula sejak bulan Jun lalu telah bertukar menjadi buruk selepas pertembungan di antara penunjuk perasaan dengan pihak berkuasa telah menyebabkan pengangkutan awam serta bandar di Hong Kong ‘lumpuh’.

Pada baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang lelaki yang didakwa disimbah dengan minyak petrol sebelum dibakar hidup-hidup oleh penunjuk perasaan yang kurang senang dengan tindakan lelaki tersebut.

Menurut editor surat khabar Global Times, Hu Xijin, mangsa tersebut didakwa “lantang menyatakan tidak bersetuju secara terbuka dengan penunjuk perasaan” semasa kejadian.

Susulan daripada kejadian itu, dia telah digegaskan ke hospital untuk dirawat dan dikhabarkan sedang berada dalam keadaan kritikal dengan mengalami melecur tahap kedua.

Video yang agak mengerikan tersebut telah menunjukkan bahawa keadaan protes yang berlaku di Hong Kong ini mungkin boleh menjadi buruk lagi.

Setakat ini, pihak hospital di Hong Kong melaporkan bahawa kira-kira 50 orang sedang dirawat susulan daripada kecederaan akibat daripada protes yang berlaku di negara tersebut.

Berikut adalah gambar bagaimana insiden tersebut berlaku:

Gambar 1:

Gambar 2:

Gambar 3:

Gambar 4:

 

Gambar 5:

Gambar 6:

Gambar 7:

Gambar 8:

Sumber: Hu Xijin, Bloomberg Tic Toc

Aqmal Ezany

I write what is right