Siakap Keli

Jangan Cemas Nampak Pesawat Terbang Rendah Dan Dengar Letupan – TUDM

Tentera Udara Diraja Malaysia akan melaksanakan sesi latihan pertunjukkan udara sempena Hari Terbuka TUDM yang akan diadakan pada Sabtu, 16 November 2019 di Pangkalan Udara Kuantan.

Latihan ini dijadualkan akan dilaksanakan seawal 12 November 2019 sehingga ke hari sebenar melibatkan beberapa buah pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter di sekitar ruang udara Kuantan.

Orang ramai terutamanya kepada penduduk yang berada di sekitar Pangkalan Udara Kuantan dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah dan juga mendengar bunyi letupan di sepanjang tempoh tersebut.

Pihak TUDM juga dengan berbesar hati ingin menjemput rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai memeriahkan Hari Terbuka TUDM di Pangkalan Udara Kuantan pada 16 November 2019 bermula seawal jam 8 pagi.

Sumber : Tentera Udara Diraja Malaysia

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)