Siakap Keli
Gambar Hiasan. (Kredit Foto: telegraphindia)

Kanak-Kanak Mengadu Sakit Perut Rupanya Hamil, Dakwa Diperkosa Abang Sendiri

Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun didakwa telah diperkosa oleh abangnya sendiri kini disahkan mengandung lapan bulan.

Dia yang berasa sakit pada bahagian belakang dan perut telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital di bandar Posadas di utara Argentina didapati telah mengandung.

Kanak-kanak tersebut menyatakan dia telah dirogol oleh abangnya yang berusia 15 tahun setelah mendapat pemeriksaan daripada doktor tersebut.

Menurut media tempatan, mangsa tidak tahu apa yang telah berlaku ke atas dirinya. Dia juga menyatakan bahawa dia dirogol oleh abangnya hanya sekali.

Jabatan Pembangunan Sosial melaporkan abang mangsa telah dibuang daripada keluarga tersebut.

Bayi tersebut dijangka akan melahirkan anak tersebut pada akhir tahun ini dan akan dijaga oleh neneknya supaya mangsa dapat menamatkan pelajarannya.

Menurut laporan daripada media tempatan juga ibu mangsa tidak tahu apa-apa mengenai penderaan seksual yang berlaku keatas mangsa dan terkejut apabila mendengar berita mengenai kehamilannnya.

Atas alasan dibawah umur, pelaku tidak dikenakan sebarang tindakan.

Pelaku kini berada di bawah jagaan ibu saudaranya dan dihantar ke pusat pemulihan kanak-kanak yang terlibat dalam masalah undang-undang.

Menurut kenyataan pekerja sosial yang melawat keadaan mangsa menyatakan bahawa dia yang tinggal bersama ibu dan adik-beradiknya yang lain dalam keadaan baik sahaja.

Sumber: metro.uk

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.