A to Z, dari baju pengantin hinggan ke cincin, makanan, minuman, pakej bulan madu, persembahan dan lain- lain semuanya ditaja!
Semuanya kerana video seorang lelaki di Afrika Selatan melamar pasangannya di KFC tular di laman media sosial apabila ramai menghina serta mempersoalkan tindakannya yang melamar di rangkaian restoran makanan itu.
Susulan daripada itu, seorang wartawan telah memperlekehkan usaha dan tindakan lelaki itu kerana hanya melamar di KFC.
Bhut’ Hector dan teman wanitanya, Nonhlanhla merancang untuk mengadakan majlis kecil-kecilan kerana masalah kewangan yang dihadapi.
Namun begitu, ibarat durian runtuh pelbagai tawaran penaja dari syarikat-syarikat besar di Afrika Selatan meluahkan hasrat untuk menaja perkahwinan mereka kerana tersentuh hati dengan momen lamaran mereka yang sederhana tapi penuh denagn kebahagiaan.
Sebelum ini dihina kerana melamar teman wanita di restoren segera, kini pelbagai jenama besar ingin menaja hari bahagia mereka.
Dibawah adalah antara jenama besar yang sudi menaja pasangan ini :
Setakat ini difahamkan bahawa pasangan ini telah mendapat lebih 120 tajaan untuk majlis perkahwinan mereka.
Semua persiapan dari baju, cincin, makanan, majlis, percutian dan banyak lagi semua ditaja oleh syarikat yang bukan calang-calang.
Boleh dikatakan sebagai wedding of the year lah pasangan ini punya majlis nanti.
Sumber: Twitter