Siakap Keli

Setiap Tahun Lebih 2 Juta Kanak-Kanak Maut Akibat Pneumonia, Ini Cara Mencegahnya Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Apa itu Pneumonia? Pneumonia merupakan penyakit radang paru-paru. Pneumonia dikatakan penyakit berjangkit nombor 1 yang membunuh kanak-kanak bawah 5 tahun.

Setiap tahun, lebih dua juta kanak-kanak meninggal dunia akibat pneumonia. Salah satu cara mencegah pneumonia ialah vaksin. Vaksin pneumokokal percuma akan diperkenalkan KKM bermula tahun depan.

Pada kebiasaanya, mereka yang mengalami jangkitan ini akan bermula dengan demam biasa atau batuk serta bersin ringan sahaja. Ramai ibu bapa menyangka ia penyakit biasa seperti selesema dan boleh dirawat dengan ubat batuk serta paracetemol yang dibeli di farmasi.

Penyelesaian mudah yang terbukti adalah,

  1. Penyusuan eksklusif untuk bayi bagi 6 bulan terawal.
  2. Imunisasi
  3. Sumber air minum yang selamat dan penjagaan kebersihan yang baik.
  4. Kerap membasuh tangan dengan sabun.
  5. Pengambilan nutrisi yang baik terutamanya kanak-kanak berumur 6 bulan ke 2 tahun
  6. Pengudaraan dalam bangunan yang mencukupi.

Dengan mengunakan slogan “Paru-paru Sihat Untuk Semua” marilah kita sama-sama menjaga dan mencegah dari awal agar ia dapat dirawat pada peringkat yang lebih awal.

Sumber: KKM

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.