Siakap Keli

Tahukah Anda, Anak Kedua Lebih ‘Nakal’ Dari Anak Sulung – Kajian

Sememangnya anak sulung merupakan tunjang penting dalam adik-beradik, mereka berperanan dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah ibu bapa untuk menjaga adik-adik.

Berbeza dengan peranan anak kedua, terdapat kajian yang memfokuskan psikologi anak kedua dengan cara asuhan ibu bapa. Pada kebiasaanya ibu bapa tidak akan berasa teruja atau meraikan anak kedua mereka sepertimana anak pertama.

Penyelidikan baru-baru ini telah melihat beribu-ribu keluarga di Denmark dan Amerika telah mendapati bahawa anak kedua dalam keluarga lebih ‘mencabar’ untuk diatasi berbanding anak pertama atau sulung.

Menerusi penyelidikan yang dilakukan oleh Joseph Doyle, kajiannya juga mendapati bahawa anak kedua mungkin lebih mempunyai banyak masalah tingkah laku berbanding anak sulung.

Namun, kajian itu juga mendapati bahawa anak kedua juga mempunyai tahap disiplin yang baik berbanding adik-beradiknya yang lain.

Menurut John pula kajiannya mendapati anak kedua lebih cenderung untuk melakukan masalah ‘disiplin’.  Perubahan tingkahlaku yang dilakukan itu hanya untuk mendapatkan perhatian. Perihatian ibu bapa sangat penting bagi membentuk anak kedua ini. Ini kerana mereka terasa ada persaingan antara anak pertama.

Sumber: Practical Parenting

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)