Siakap Keli
Kredit: Oriental Daily

(Video) Viral Wanita ‘Melayang’ & Maut Dibelah Kereta Ketika Bergaduh Dengan ‘Boyfriend’ Tengah Jalan

Guangzhou, China – Seorang remaja maut setelah dilanggar sebuah kenderaan ketika sedang berselisih faham dengan seorang lelaki didakwa teman lelakinya di tengah jalan di sini.

Menurut Oriental Daily, mangsa maut di tempat kejadian setelah dilanggar kereta yang bergerak laju sementara teman lelakinya turut cedera akibat perlanggaran tersebut.

Dalam kejadian berkenaan, lelaki terbabit dilihat melakukan aksi berbahaya dengan berdiri di tengah jalan sambil mendepakan tangan.

Dia kemudiannya bertindak menyiku teman wanita yang berada di belakangnya ketika mereka bergaduh, membuatkan mangsa tertunduk menahan kesakitan.

Ketika dia berpaling untuk melihat keadaan mangsa, secara tiba-tiba sebuah kereta berwarna hitam meluncur laju dan melanggar mangsa, mengakibatkan remaja perempuan berkenaan tercampak dan maut di tempat kejadian.

Impak perlanggaran turut menyebabkan lelaki itu terjatuh dan cedera.

Ekoran itu, polis telah menahan remaja lelaki berkenaan atas tuduhan melanggar peraturan lalu lintas manakala pemandu kereta ditahan kerana didakwa cuai ketika memandu.

Menurut laporan polis trafik tempatan, kejadian tersebut berlaku di daerah Baiyun, Guangzhou pada awal pagi 15 April lalu.

Sumber: Oriental Daily

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.