Siakap Keli

14 Fakta Menarik Tentang Negara Bhutan, No.7 Paling Unik Dan Pelik

Negara ini dikatakan sangat sangat misteri dan indah yang terletak di antara negara India dan China ini ditutup untuk pelancong sehingga tahun 1974. Hari ini, ramai yang datang ke Bhutan semata-mata untuk melihat budaya dan kesenian yang masih dikekalkan di negara tersebut.

Walaupun dibuka untuk orang ramai, namun Raja Bhutan memerintah untuk menyekat jumlah pelancong yang datang ke sini dengan mengunakan pelbagai kaedah yang berbeza.

Ikuti 14 perkara yang menarik ini tentang negara Bhutan yang jarang berlaku di negara kita.

1. Internet dan televisyen

Untuk pengetahuan anda, televisyen dan internet telah diharamkan secara rasmi sejak tahun 1999. Namun, ia agak mustahil untuk dilaksanakan untuk mengasingkan negara ini dengan arus pemodenan teknologi sekarang, Raja Bhutan memutuskan untuk membatalkan peraturan ini.

Apa yang paling menarik, negara Bhutan adalah negara yang terakhir menggunakan televisyen.

2. Tiada gelandangan

Di Bhutan, korang takkan dapat melihat rakyat yang tepaksa gelandangan tidur di tepi jalan. Lain pula kalau di Malaysia, mesti akan ada gelandangan yang terpaksa tidur di jalanan serta ada juga disediakan rumah transit.

Jika seseorang pendududk di Bhutan kehilangan rumah untuk berlindung, mereka hanya perlu berjumpa dengan raja untuk diberikan sebidang tanah untuk membina rumah serta tanaman sebagai sumber makanan.

Kini agak jelas kenapa penduduk Bhutan menganggap diri mereka bahagia dan gembira.

3. Kementerian Kegembiraan dan Kebahagian

Pada tahun 2008, negera ini menubuhkan satu kementerian khas untuk menjaga keamanan rakyat iaitu Kementerian Kebahagian Kebangsaan. Soal selidik dan bancian penduduk mempunyai bahagian di mana korang boleh menunjukkan sama ada korang berpuas hati dengan kehidupan sekarang atau tidak.

Tidak cukup dengan itu, Kementerian Kebahagian sama seperti istilah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) untuk mereka mengukur kualiti hidup ditentukan oleh keseimbangan antara nilai kewangan dan mental mereka.

4. Kod pakaian nasional

Orang di sana akan memakai pakaian tradisional. Bagi kaum lelaki, mereka memakai pakaian seperti jubah yang berat manakala wanita pula disarankan untuk memakai pakaian yang labuh dan dikenakan pula dengan selendang dibahu mereka.

Selendang dibahu mempunyai makna tersendiri iaitu untuk orang biasa akan memakai selendang putih dan bangsawan serta rahib akan memakai warna kuning.

5. Larangan merokok

Raja Bhutan menggubal undang-undang melarang penanaman, penuaian dan penjualan tembakau untuk negara tersebut.

jadi mustahil untuk penduduk di Bhutan membeli tembakau dan menghisap rokok.

6. Industri pelancongan yang mencabar

Dlaam negara ini, korang tidak akan merasa untuk menikmati perjalanan sendiri. Korang hanya perlu peri melawat bersama-sama dengan pemandu pelancong.

Pihak pemandu pelancong lebih berbesar hati menawarkan pelbagai pakej yang berbeza serendah harga RM 1,000 untuk sehari.

7. Jalan

Apa yang ‘rare’nya, di sana tiada langsung lampu isyarat dan ia tidak menggangu perjalanan orang awam serta penduduk di sana. Segala papan tanda di jalan raya ditulis dengan tulisan tangan.

8. Penjagaan kesihatan secara percuma

Kalau di Malaysia, lagi bagus perhidmatan tentang kesihatan, lagi mahal kosnya. Tapi, di Bhutan, penduduk di sana sudah tidak perlu risau kerana segala penjagaan kesihatan akan diberi secara percuma.

9. Ciri masakan

Kebanyakan orang Bhutan adalah penganut agama Buddha. Agama ini dikatakan sangat menjaga dan menghormati haiwan dan tumbuhan. Jadi, makanan ruji penduduk di sini adalah nasi daripada beras merah.

Penduduk di sini juga akan minum teh yang berwarna hitam dan hijau bersama garam, lada dan sesudu mentega.

10. Tradisi perkahwinan

Dilarang sama sekali untuk rakyat Bhutan mengahwini orang asing. Raja Bhutan lebih mengalakkan untuk mengekalkan keunikan dan pengasingan mereka di seluruh dunia.

Paling uniknya, selepas upacara perkahwinan sudah selesai, pengantin lelaki terpaksa tinggal bersama keluarga pengatin perempuan sehingga duit mencukupi dan berpindah.

11. Rumah Gingerbread

Secara umumnya, orang Bhutan sangat suka dengan seni. Mereka lebih tertarik dengan corak yang berunsurkan haiwan untuk dikenakan di dinding rumah mereka.

Terdapat rumah tradisional yang memilik tiga tingkat dan masing-masing mempunyai ciri yang berbeza. Tingkat satu adalah ruang untuk menjaga haiwan, tingkat kedua adalah ruang tamu manakala tingkat terakhir adalah untuk menyimpan jerami.

12. Haiwan dan alam semulajadi

Seperti ulasan di atas, apa yang kita boleh lihat, penduduk di Bhutan sangat menjaga hhubungan mereka dengan sumber alam semulajadi. Pada tahun 2015, Bhutan inobatkan rekod dunia apabila penduduk menanam sebanyak 50,000 pokok hanya dalam satu jam sahaja.

13. Tradisi pusaka

Di Bhutan, kaum wanita sangat dihormati dan buktinya adlaah sistem pewarisan tradisi negara ini. Semua harta akan diwariskan kepada anak perempuan sulung bukan anak lelaki.

14. Sistem Ekologi

Hari ini, seluruh dunia sibuk dengan label “bio.” Bhutan tidak peduli dengan masalah ini. Ia sangat menyalahi undang-undang apabila mengiport atau menggunakan produk kimia di sana.

Jadi, apa yang mereka guna pakai adalah bersumberkan daripada tanaman mereka sendiri dan ianya sangatlah asli.

Walaupun ianya agak pelik dan mempunyai peraturan yang ketat, namun rakyat di sana sangat gembira dan hidup dalam kedamaian.

Sumber: Brightside

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)