Siakap Keli
Gambar: irvine_nj

Barista Dari Malaysia Berjaya Harumkan Nama Negara Di “World Latte Art Championship”

Seorang barista yang bernama Irvine Quek Siew Lhek baru-baru ini sekali lagi berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia selepas menjuarai pertandingan World Latte Art Championship (WLAC).

Menurut Bernama, pada tahun lalu beliau pernah menjuarai pertandingan yang sama di Brazil. Kejuaraan yang diadakan itu telah dianjurkan oleh World Coffee Events.

Namun pada tahun ini beliau berjaya membawa pulang gelaran juara di World Latte Art Battle (WLAB) yang diadakan di Seoul, South Korea.

Sebelum bergelar juara, beliau terpaksa berhadapan dengan seorang barista dari Korea Selatan yang bernama Kim Young Jin. Beliau berjaya mengalahkan pesaingnya dengan berjaya mengumpul jumlah markah sebanyak 73, hanya 10 mata sahaja memisahkan mereka berdua.

Gambar: irvine_nj

Dalam satu muatan yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, beliau mengakui bahawa segala persiapan yang dibuat olehnya agak membuatnya tertekan.

Walau bagaimanapun, usahanya itu tidak sia-sia selepas beliau berjaya meraih gelaran juara serta dapat mengharumkan nama negara di mata dunia.

Sumber: Bernama, irvine_nj

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.