Siakap Keli
Gambar Hiasan (Kredit Foto: freegreatpicture)

Bayi Didapati Lebih Gemar Tenung Orang Dewasa Yang Mempunyai Raut Wajah Cantik – KAJIAN

Pernah tak anda ditenung lama-lama oleh bayi? Mesti bahagia kalau pernah ditenung lama-lama oleh bayi ni kan. Pernah dengar fakta bayi lebih suka tengok  wajah orang cantik? Tapi betul ke bayi lebih suka tenung wajah orang yang cantik?

Ini bukannya rekaan tetapi ia adalah satu kajian yang telah dijalankan di United Kingdom pada tahun 2004 yang berkisarkan mengenai aspek tingkah laku atau psikologi seseorang bayi.

Menurut kajian yang dijalankan, bayi lebih gemar memandang wajah seseorang yang mempunyai raut wajah yang menarik untuk dipandang .

Ianya dikatakan bayi tidak perlu belajar untuk mengenal raut wajah manusia kerana ianya merupakan sifat semula jadi yang wujud dalam diri setiap bayi yang lahir.

Alan Slater dan rakan-rakannya dari University of Exeter telah memperlihatkan beberapa keping gambar kepada bayi yang berusia sehari.

Apa yang diperolehi daripada itu, bayi tersebut menghabiskan masa yang lama terhadap gambar yang cantik berbanding gambar-gambar yang lainnya.

Kredot Foto: lmtonline

Ini bukan perkara yang baru dalam kehidupan setiap bayi.

Menurut ahli psikologi, bayi sememangnya mempunyai tarikan terhadap sesuatu benda khususnya gambar yang berkontra tinggi dan menarik.

Apa yang lebih menarik, bayi juga turut tertarik untuk melihat gambar raut wajah orang cantik.

Slater menjelaskan bayi lebih suka melihat individu yang mempunyai raut wajah menarik mungkin kerana beranggapan bahawa individu cantik dan kacak  ini mempunyai simetri wajah yang sempurna sebagai seorang manusia.

“Seorang bayi dilahirkan dengan persepsi wajah individu manusia yang sempurna.

Disebabkan itu, mereka seperti sudah biasa melihat wajah individu cantik dan kacak.

Situasi ini sekali gus membantu mereka untuk lebih mengenali wajah-wajah individu lain.

Malahan, secara tidak langsung, individu dengan raut wajah menarik ini dapat membantu mereka mengenali dunia sosial,” jelas Slater.

Satu kajian lain yang diterbitkan dalam British Journal of Developmental Psychology menunjukkan bayi serta kanak-kanak lebih mudah mempercayai kata-kata yang dilafazkan oleh individu dengan raut wajah yang menarik.

Ini khususnya melibatkan wanita cantik.

Beruntunglah wanita yang mempunyai raut wajah cantik!

Kajian ini menyatakan sama ada bayi lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya mempunyai tahap minat dan kepercayaan yang sama.

Ini bermakna mereka lebih mempercayai wanita cantik atau lelaki yang kacak berbanding individu dengan raut wajah kurang menarik.

Sumber: newscienticst, hellodoktor

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.