Siakap Keli
Gambar: Twitter

Bekas ‘Drummer’ Ukays Disahkan Maut Bersama Isteri Dan Anak Dalam Serangan Udara Di Syria

Bekas anggota kumpulan rock terkenal pada era 90-an Ukays, Akel Zainal atau nama sebenar Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin disahkan terbunuh dalam serangan udara Rusia di Syria pada awal tahun 2019.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang turut memaklumkan seorang lagi perekrut Malaysia bagi kumpulan pengganas Negara Islam iaitu Mohd Rafi Udin, 53 juga terkorban.

Menurut Datuk Ayob, masing-masing telah terbunuh pada bulan Januari dan Mac tahun ini. Tanpa memberitahu tarikh yang sebenar, beliau berkata kedua-dua lelaki berkenaan terbunuh dalam serangan udara di sekitar Baghouz, sebuah bandar di sempadan Iraq dan benteng terakhir Negara islam di Syria.

Tambah Datuk Ayob, bekas pemain drum kumpulan Ukays itu terbunuh bersama isteri dan anak-anaknya serta seorang lagi pejuang militan. Kedua-dua anak Akel masing-masing baru berusia dua dan tiga tahun. Menerusi maklumat yang diterima, rumah Akel di Baghouz telah diletupkan dengan serangan udara pada bulan Mac.

Sumber: BenarNews

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)