Siakap Keli

Boleh Sebabkan Kematian, Tular Gambar Anjing, Kucing Dipercayai Disembur Pewarna

Kes penganiayaan terhadap haiwan dilihat semakin parah dalam masyarakat kita pada hari ini. Apa tidaknya, semakin banyak dilaporkan mengenai kes-kes menyiksa haiwan peliharaan ataupun haiwan terbiar yang tular di media sosial.

Sejak kebelakangan ini, ‘trend’ mewarnakan haiwan dilihat semakin rancak dipercayai dilakukan oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Entah apa tujuan pelaku yang terbabit melakukan perkara sedemikian terhadap haiwan.

Sememangnya, perkara ini akan mengundang kepada kemudaratan dan keracunan toksik terhadap haiwan dan menjejaskan kesihatan makhluk tersebut.

Mengikut beberapa foto yang tular di media sosial, seekor anjing yang berkeliaran dilihat berwarna biru dipercayai diwarnakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Perbuatan itu dilihat sebagai perbuatan yang zalim dan penganiyaan terhadap anjing yang tidak bersalah.

Selain daripada anjing, haiwan lain seperti kucing juga menerima nasib yang sama apabila tubuhnya diwarnakan dengan warna biru. Perbuatan tersebut sebenarnya boleh menyebabkan haiwan itu mati ekoran keracunan toksin cat yang meresap ke dalam badan melalui kulit.

Menjengah ke ruangan komen, ternyata rata-rata warganet kesal dengan tindakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ke atas haiwan-haiwan yang tidak bersalah.

“Allahu..manusia apa kah kamu sanggup berbuat begini pada haiwan kesayangan Nabi”

“Sedih sebab kita tak mampu nak bantu semua, tapi korang menambah kesulitan kepada kehidupan haiwan”

“Kadang tuhan ni balas balik dekat anak-anak kita. Beringatlah sebelum nak buat aniaya dekat haiwan”

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia- Malaysia Animal Association

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)