Siakap Keli

Didakwa Kerap Tonton Kartun Di Telefon Pintar, Budak 3 Tahun Alami Masalah Rabun

Kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun daripada China dipercayai mengalami masalah penglihatan selepas tinggal bersama datuk dan neneknya. Disebabkan kanak-kanak tersebut suka bermain namun datuk dan neneknya enggan menuruti kemahuan cucunya itu hingga membuatkan kanak-kanak perempuan itu menangis. Oleh itu, mereka didakwa telah memberi telefon pintar kepada cucunya itu untuk bermain dan menonton kartun.

Apabila diberikan telefon kepada cucunya itu, dia akan berasa gembira dan teruja hingga menggunakan telefon pintar itu tanpa had. Datuk dan neneknya telah membawa cucunya itu ke hospital untuk membuat pemeriksaan sebelum dia masuk ke tadika, namun apa yang mengejutkan mereka apabila cucunya mengalami masalah penglihatan iaitu rabun dekat dan terpaksa memakai cermin mata untuk mengelakkannya jadi lebih teruk

Sepatutnya masalah tersebut tidak berlaku kepada kanak-kanak seusia itu. Kebanyakan bayi akan mengalami hyperopic semasa lahir  iaitu physiological hyperopia. Bayi atau kanak-kanak  akan mengalami sedikit rabun dekat. Namun begitu, masalah itu akan hilang dengan sendirinya apabila kornea mata membentuk lebih panjang.

Gambar: Wikipedia

Kanak-kanak perempuan itu kini dikatakan masih bergantung kepada cermin untuk membetulkan penglihatannya namun jika datuk dan neneknya masih memberinya menggunakan telefon pintar, ia akan membawa risiko kepada komplikasi mata yang serius dan boleh menyebabkan buta.

Ibu bapa harus lebih peka dengan penggunaan telefon pintar kepada anak-anak agar masalah tersebut dapat dielakkan. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Sumber: Setn

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)