Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Dipercayai Tertekan Mak Ayah Bercerai, Lelaki Lepas Geram Serang Puluhan Budak Tadika Guna Cecair Kimia

Lebih daripada 50 orang, kebanyakannya kanak-kanak didakwa dicederakan oleh seorang lelaki yang memecah masuk sebuah tadika di China dan menyembur mereka dengan cecair kimia, lapor pihak berkuasa.

Menurut pihak polis bandar Kaiyuan, suspek yang berusia 23 tahun itu telah dipercayai memasuki tadika tersebut dengan memanjat dinding sebelum menyembur mangsanya dengan menggunakan sodium hydroxide.

Pihak polis menyatakan bahawa suspek tersebut bertindak sedemikian kerana ingin melepaskan geram kepada masyarakat gara-gara membesar dalam keluarga yang porak peranda serta tertekan dengan kerja dan kehidupan.

Media tempatan melaporkan bahawa serangan tersebut berlaku di Kaiyuan Dongcheng Kindergarten.

Gambar: Daily Mail

Seramai 51 orang kanak-kanak dan tiga guru tadika tersebut telah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan, dua diantara mereka dilaporkan kritikal.

Pihak polis dilaporkan telah berjaya menahan suspek kira-kira sejam selepas insiden serangan tersebut berlaku.

‘Kerana ibu bapanya bercerai semasa zaman kanak-kanaknya, kekurangan kasih sayang ke atas dirinya telah mendorongnya untuk melakukan perbuatan sedemikian,’ kata polis, sambil menambah kerja dan kehidupan Zhang juga turut tidak berada dalam keadaan yang memuaskan.

Kesemua faktor ini telah menyebabkan wujudnya ‘mentaliti pesimis dan niat untuk membalas dendam terhadap masyarakat’, ujar mereka.

Insiden keganasan yang mensasarkan murid sekolah ini bukanlah sesuatu yang baru terjadi di China, sebelum ini ada juga kes yang lebih kurang sama namun penyerang kebanyakannya menyerang dengan menggunakan pisau.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.