Siakap Keli

Guru Luah Rasa Hati, Terpaksa Bergegas Dari Cheras Ke Shah Alam Hari-Hari Sampai Kemalangan Demi Tugas Dan Anak-Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Guru ada di mana-mana namun untuk menjadi seorang pendidik haruslah cekal mental dan fizikal. Bukan mudah untuk mendidik anak bangsa untuk mencapai kejayaan.

Sebagai masyarakat yang harmoni kita haruslah memahami tugas seorang guru dan percaya mereka juga seorang insan biasa.

Di laman Facebook, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai seorang guru rasa terkilan dengan apa yang berlaku ke atas dirinya apabila terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke sekolahnya.

Satu kiriman dimuatnaik di sebuah page di Facebook adalah luahan tentang diri.

Mungkin mereka lebih suka melihat anak-anak saya tak beribu baru simpati.

Tiap hari memandu ala-ala pemandu Formula 1. 

Trauma. Setelah hampir 7 tahun bertapak di Cheras, dan berulang-alik dari Shah Alam, hari ni terlibat dalam kemalangan. Sebab mengejar masa nak urus anak dan bergegas ke sekolah untuk menunaikan amanah. Bukan mengeluh. Tapi, kadang-kadang sentap sebab badan terlalu letih.

Memohon pertukaran sebab alasan jauh, mengurus anak-anak g tadika dan anak yang ada masalah kesihatan pun masih tidak diluluskan dengan alasan perkhidmatan.

Bila merayu, soalan yang akan diajukan. “Kat sekolah cikgu buat kerja apa?”. Tergamam. “Oh, patutlah”.. Apalah nasib saya lagi-lagi tahun ni sayalah jadi Guru Data, Guru APDM, SU Exam (Unit yang saya cintai) dll. Saya sangat trauma. Dua, tiga hari ni sangat sukar untuk hadapi situasi. Saya terpaksa ambil Cuti Rehat Khas (CRK).

Semasa dihubungi beliau berkata, isu yang disampaikan tidak terkait dengan masalah pentadbir. Cuma beliau merasakan tidak tahu di mana carta untuk luahkan rasa tekanan semasa menghadapi masalah ini.

Tambahnya lagi, beliau boleh saja menolak segala jawatan yang diberi kepadanya, namun siapalah beliau untuk menidakkannya.

Semoga urusan semua guru-guru kita dipermudahkan. Kepada para pelajar dan ibu bapa pula, hargai pengorbanan guru yang pendidik serta menjadi penjaga di sekolah.

Sumber: Facebook

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)