Siakap Keli

Hidap Penyakit ‘Luar Biasa’, Wanita Tak Sedar Kandung Bayi, Mengeras Dalam Perut Selama 15 Tahun

Seorang wanita berumur 60 tahun di Sudan didapati telah hamil seorang bayi yang ‘mengeras’ di dalam perutnya selama 15 tahun.

Menerusi posting di Twitter Wedo, wanita berkenaan dikejarkan ke sebuah hospital di Khartoum selepas mengadu sakit dan bengkak pada bahagian perut.

Doktor melakukan ultrasound dan CT scan ke atas wanita itu dan terkejut setelah menemui bayi yang ‘mengeras’ dan tersimpan di dalam perut sejak sekian lama.

Doktor juga mengatakan bahawa peluang wanita itu untuk terus hidup adalah sangat tipis kerana faktor usianya dan saiz kandungan yang besar serta tidak dapat bertahan untuk melakukan pembedahan.

Keajaiban berlaku apabila pemeriksaan lanjut menemui jisim yang tebal mengelilingi bayi tersebut dan tiada karsinoma sel serta fibrosis yang dikesan, keadaan ini menjadikan wanita tersebut terselamat dari sebarang kanser atau penyakit yang merbahaya akibat kehamilan luar biasa itu.

Kehamilan wanita itu dipanggil sebagai lithopedion yang dikenali sebagai kandungan sktopik mengeras yang memperlihatkan janin yang mati di luar rahim terlalu besar untuk diserap oleh badan.

Kes seperti ini pernah dilaporkan berlaku di Son Antonio, Chile pada tahun 2017 yang memperlihatkan seorang wanita berusia 92 tahun  hamil bayi yang ‘mengeras’ seberat 1.8 kilogram yang dipercayai ‘dibawa’ di dalam perutnya selama 50 tahun.

Sumber: Wedo 

 

Sofea

There's always another side to every story

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)