Siakap Keli

Remaja Palestin Maut Dalam Serangan Udara Israel Di Semenanjung Gaza

Ramallah : Seorang remaja Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, memetik Kementerian Kesihatan Palestin pada Rabu,lapor agensi berita Sputnik.

“Remaja Palestin itu terbunuh akibat serangan Israel di tengah Semenanjung Gaza. Mangsa dikejarkan ke Hospital Al-Aqsa Martyrs, tetapi disahkan meninggal dunia kemudian,” menurut kenyataan kementerian.

Pertempuran antara Israel dan Hamas semakin memuncak pada Selasa selepas serangan udara Israel membunuh komander tertinggi Jihad Islam Palestin, Baha Abu al-Ata, yang mencetuskan serangan balas.

Lebih 190 roket dibedil oleh pejuang Palestin ke arah Israel.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)