Siakap Keli
Gambar: Bernama

Ribut Tropika Kalmaegi Bergerak Menjauhi Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Nov : Ribut tropika Kalmaegi bergerak menjauhi Malaysia daripada lokasi terakhirnya pagi ini di Timur Laut Samar Island, Filipina.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata ia kini bergerak ke arah barat laut pada kelajuan 15km/j dengan kelajuan maksimum boleh mencapai 65km/j.

Lokasi terdekat di Malaysia bagi ribut itu adalah timur laut Sandakan di Sabah, sejauh kira-kira 1,405km.

Ribut tropika itu tidak memberi kesan signifikan kepada Malaysia.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)