Siakap Keli

“Saya Ingat Anak Dah Tiada,” Ibu Terkejut Dakwa Anak Tercekik Mainan ‘Kecil’ Waktu Tidur

Seorang ibu yang sedang meletakkan anak kecilnya tidur terkejut mendengar bunyi seakan-akan sedang berkumur yang pelik. Dia merasakan ada yang tidak kena dengan anaknya itu.

Dia terus melihat ke dalam mulut anaknya dan ternampak satu mainan kecil tersekat di belakang tekak.

Ibunya baru-baru ini berkongsi pengalaman menakutkannya itu di Facebook,

“Saya masih merasa bersalah  gementar tetapi saya fikir dari saya terus-terusan menyalahkan diri saya, adalah lebih baik saya berkongsi pengalaman ini untuk dijadikan pengajaran serta ingatan untuk orang lain. Kebanyakan kawan saya mempunyai anak-anak kecil, jadi saya harap saya dapat sekurang-kurangnya menyelamatkan orang lain. ”

Dia terus mendedahkan bahawa anak perempuannya berusia 2 tahun, sudah berhenti memasukkan benda-benda ke dalam mulutnya setahun yang lalu.

Dia mempunyai banyak mainan kecil. Tambahnya lagi, kebanyakan mainan  adalah untuk kanak-kanak yang berusia 3 tahun dan keatas.

 “Adakah terlalu banyak perbezaan dalam permainan itu untuk kanak-kanak 3 tahun dan yang akan menginjak ke tiga tahun dalam masa beberapa bulan lagi ?”

Maddy yakin perkara ini boleh berlakukepada sesiapa sahaja takira kanak-kanak bawah tiga tahun atau atas daripada tiga tahun.

“Malam tadi entah bagaimana, dia mesti memasukkan ke dalam mulutnya dan tertidur kerana pada ketika itu, saya sedang memberi adiknya yang berusia 11 bulan makan dan tiba-tiba terdengar bunyi seperti sedang berkumur.

“Saya segera duduk  dan melihat mulutnya untuk melihat mainan kecil ini di belakang kerongkongnya. Saya dengan cepat memanggil suami dan dia terus menyuruh saya untuk segera menelefon ambulans.

Bapanya cuba untuk mengeluarkan mainan itu, tetapi dia berkata, “Ia tidak keluar.” Dia telah mencuba segala-galanya dan ia tidak berhasil, dia membalikkan anak saya dan darah mengalir dari kerongkongnya.

Pada ketika itu, saya fikir dia sudah tiada, Suami segera mengeluarkan jarinya selepas melihat darah yang tidak berhenti mengalir keluar.

“Ambulans datang dan semuanya dalam keadaan terkawal,”.

Ekoran dari insiden itu,  dia telah menyimpan semua barang mainan anak saya dan setiap aktiviti dan pergerakan anak saya diperhatikan dengan lebih teliti dan ketat.

Kejadian yang menimpanya adalah satu pengalaman yang mengerikan bagi mereka yang bergelar ibu bapa.

Ia satu peringatan bahawa selalu berwaspada waktu menjaga anak kecil, jangan bersikap sambil lewa kerana ia boleh membawa padah.

Adakah anda tahu purata dalam setahun berapa jumlah kanak-kanak yang dikejarkan ke hospital ?

Tercekik adalah risiko paling tinggi bagi kanak-kanak yang berumur 3 tahun kebawah kerana mereka terdorong untuk memasukkan barang ke dalam mulut.

Disini terdapat beberapa tips keselamatan untuk kanak-kanak bermain yang patut anda tahu.

  • Baca dulu arahan, informasi serta panduan berkaitan alat permainan sebelum bagi anak-anak main.
  • Elakkan membeli alat permainan yang kecil atau bahagian-bahagian permainan kecil bagi mencegah anak dari tercekik.
  • Periksa sekiranya terdapat bahagian mainan yang tertanggal, pecah, tajam, calar dan sebagainya.
  • Elakkan guli, syiling, atau permainan libatkan bola yang bersaiz 4.4 sentimeter atau kurang.
  • Keluarkan atau buang tanda harga, tali, reben daripada mainan sebelum diberikan kepada kanak-kanak.

Pemerhatian yang ketat perlu diberi kepada kanak-kanak yang berusia tiga tahun dan kebawah. Ibu bapa diluar sana seharusnya mengambil iktibar dari kejadian yang menimpa Maddy dan suaminya.

Sumber : Asiaone

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)