Siakap Keli
Gambar: Delightfulemade.com

Selendang Tersangkut Pada Mesin Pengadun, Ibu Dipercayai Maut Akibat Tercekik

Seorang ibu dilaporkan telah meninggal dunia ekoran selendang yang dipakainya tersangkut pada mesin pengadun menyebabkannya tercekik. Ketika kejadian itu, wanita berstatus ibu itu sedang membuat kek bersama anak lelakinya yang berusia 15 tahun.

Wanita yang berusia 58 tahun itu meninggal pada hari Ahad lepas kira-kira jam 10.30 pagi, ketika selendang yang dipakainya terikat pada mesin pengadun dan menyebabkan dirinya tercekik. Kejadian itu dikatakan berlaku di rumahnya yang terletak di La Metare di Saint-Etienne, sebuah kota di Perancis.

Anak lelakinya yang dikatakan panik terus menghubungi talian kecemasan sebelum diberitahu untuk mencabut suiz mesin tersebut dan memotong selendang ibunya.

Walaupun pihak bomba dan ambulans telah tiba dirumahnya, wanita tersebut telah disahkan meninggal. Saksi yang menyaksikan kematian wanita berkenaan hanyalah anak lelaki yang bersamanya membuat kek.

Pihak berkuasa juga telah menjalankan bedah siasat untuk mengesahkan punca kematian dengan lebih tepat.

Sumber: Mail Online

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)