Spesis rusa yang dikatakan hampir pupus telah ditemui di hutan barat laut Vietnam untuk kali pertama dalam tempoh hampir 30 tahun. Spesis itu dikenali sebagai rusa tikus atau nama sainstifiknya Chevrotain.
Disebabkan tiada penemuan yang disahkan sejak tahun 1990, para pakar menganggap spesis itu telah pupus akibat daripada pemburuan.
Namun begitu, ahli biologi Vietnam telah bekerjasama mengesan kewujudan spesis silver-backed chevrotain itu dengan berkampung di petempatan habitat itu yang dilaporkan.
30 kamera telah dipasang di sekitar hutan habitat itu bagi membolehkan spesis itu dapat dirakam. Hasil daripada itu, mereka berjaya merakam dan mengambil gambar spesis tersebut.
Sumber: NBC News