Siakap Keli

Tengah Sedap Kunyah, Wanita Terkejut Dakwa Tergigit Cebisan Kuku Yang Disangka Boba

Sangat jijik dan meloyakan. Begitulah gambaran mengenai kejadian yang menimpa seorang wanita apabila dia mendakwa tergigit cebisan kuku yang terdapat di dalam air jenama minuman terkenal.

Menurut sumber, mangsa menyedari kejadian tersebut setelah mengunyah sesuatu yang keras di dalam air teh susu hijau (green milk tea) yang dibelinya di sebuah pusat membeli-belah pada 5 November lalu.

Setelah mengeluarkannya, dia melihat apa yang digigit itu bukanlah boba tetapi sebaliknya adalah cebisan kuku saiz kecil berwarna kuning dan sangat menggelikan.

Dia kemudiannya menghubungi syarikat minuman terbabit untuk memberitahu mengenai kejadian tersebut.

Pekerja di situ telah meminta maaf dan akan menggantikan minuman tersebut dengan menghantar semula minuman baharu ke pejabatnyaa.

Meskipun begitu, wanita berkenaan mengalami trauma dan berkata selepas apa yang berlaku dia tidak terfikir untuk meminum semula air dari jenama yang sama.

”Saya merasa sangat sakit pada perut dan telah memaksa diri saya untuk memuntahkan semula air tersebut,” kata wanita itu.

Sumber : Mothership

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)