Siakap Keli
Gambar: friends4life.org

(Video) Kucing Dihukum ‘Penjara’, Dituduh Sering Subahat Tolong Kucing Lain Keluar Dari Sangkar

Seekor kucing yang bernama Quilty telah dijatuhkan hukuman ‘penjara’ bersendirian kerana dikatakan sering melepaskan kucing lain keluar dari sangkar mereka walaupun sudah beberapa kali diberikan amaran.

Pesalah bersiri itu telah dicekup oleh seorang staf di Friends For Life Animal Rescue kerana menolong kucing lain keluar daripada sangkar mereka beberapa kali dalam sehari.

Gambar: friends4life.org

Quilty juga ‘didakwa’ pernah mempunyai rekod jenayah lampau selepas seorang staf di pusat perlindungan tersebut menyatakan bahawa dia pernah menolong kawannya iaitu seekor anjing untuk masuk ke dalam rumah yang pernah dihuninya sebelum ini.

Selepas satu kempen atas talian yang bertujuan untuk membebaskan Quilty dilancarkan, pihak pusat perlindungan haiwan tersebut menyatakan bahawa walaupun permohonan tersebut telah ditolak oleh lembaga parol, namun dia tetap berjaya melepaskan dirinya juga sebelum ditahan dalam tahanan bersendirian.

“Quilty tidak suka dikurung. Dan dia tidak ada perasaan malu langsung. Quilty gemar melepaskan kucing lain keluar dari kurungan. Beberapa kali dalam sehari,” ujar pusat perlindungan tersebut.

Pusat perlindungan tersebut juga sering memuat naik perkongsian video yang menunjukkan telatah Quilty ketika menjalani hukumannya.

Gambar: friends4life.org

Quilty dilaporkan masih lagi sedang mencari keluarga angkat yang sudi menjadikannya anak angkat sehingga ke hari ini.

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right