Sebuah lori tangki disahkan terbakar dalam kemalangan di kilometer 265.8 NB dari arah Jelapang ke Terowong Menora menurut ciapan Twitter rasmi Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM).
Menurut LLM Trafik, keadaan trafik sesak dari sebelum persimpangan Jelapang ke Terowong dikedua-dua arah berikutan kemalangan lori tangki tersebut. Semua lorong diarah tutp.
Bagi individu yang ingin meneruskan perjalanan, anda dinasihati menggunakan laluan altenatif ke utara daripada persimpangan Ipoh Selatan.
12.02pm PLUS@E1 : Kemalangan tanker terbakar di KM 265.8 NB (Jelapang-terowong Menora). Sila guna laluan alternatif ke utara : Persimpangan Ipoh Selatan. https://t.co/00xXPIccNr
— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) November 13, 2019
https://www.facebook.com/ahmad.fayadh.1/videos/2702370403146914/
Sumber: LLM Trafik, Ahmad Fayadh