Siakap Keli

(Video) Kelam-Kabut Kena Sergah, Keletah Lucu Geng Kucing Cabut Lari Selepas Kantoi Lepak Dalam Kereta

Sebuah video yang tular pada baru-baru ini memaparkan beberapa ekor kucing sedang bermain-main di dalam kereta seorang wanita.

Jessica Ryce yang didakwa pada ketika itu sedang melawat atok dan neneknya di Hemingway, South Carolina.

Menurutnya, dia ingin ke keretanya untuk mengambil barang di dalam kereta yang di letakkan di hadapan rumah atok dan neneknya itu.

Apabila dia menghampiri keretanya, dia terkejut dengan kehadiran 5 ekor kucing yang sedang bermain di dalam keretanya itu selepas dia meninggalkan keretanya dengan keadaan tingkap yang tidak ditutup.

Klip rakaman yang dirakam pada 11 November itu menunjukkan wanita itu menerjah kucing-kucing tersebut sambil kucing-kucing itu cemas mencari jalan keluar daripada kereta tersebut.

Video yang menjadi tular di media sosial tersebut mendapat ribuan perkongsian sejak dari ianya dimuat naik di akaun Instagram milik wanita tersebut.

Sumber: Daily Mail, LADbible

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.