Siakap Keli
Kredit: Zack Santero

(Video) Kemalangan Ngeri Di Jalan Loke Yew, Seorang Maut Lori Dipercayai Terbabas Rempuh Kenderaan Dari Depan

Cheras, Kuala Lumpur – Sebuah lori didakwa lori hantu serta beberapa buah kenderaan termasuk motosikal rosak teruk dalam satu kemalangan di Jalan Loke Yew, berdekatan simpang berhampiran Bandar Tun Razak menghala ke arah Kajang pada tengah hari tadi.

Menurut video yang dimuat naik oleh pemilik akaun fb Zack Santero, lori berkenaan dikatakan hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar beberapa kenderaan lain dalam kejadian tersebut.

Wong Loong Wai

Menurut laporan Sinar Harian, seorang wanita dilaporkan maut manakala 4 orang lagi cedera dalam insiden berkenaan. Mangsa yang disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik merupakan penumpang teksi.

Sumber: Zack Santero, Sinar Harian

Amira

Love yourself.