Siakap Keli

Betul Ke Melatah Ni Hanya Ada Pada Orang Melayu Sahaja? Ini Penjelasannya

Saya pernah terbaca  tentang fenomena melatah ini yang dikatakan hanya ada pada orang melayu sahaja. Tapi adakah begitu? Kerana bangsa lain juga menghadapi sindrom kejut ini.

Melatah dikatakan unik dalam masyarakat Melayu dan dikatakan sebagai sindrom berkait budaya (culture-bound syndrome (CBS). CBS ada banyak, dan dalam masyarakat Melayu pun ada banyak. Selain melatah, contoh CBS lain ialah mengamuk.

Melatah ni berbeza dengan kaum yang lain walaupun ia berkenaan reaksi yang sama. Contohnya sindrom Jumping Frenchmen of Maine yang ada di sekitar utara Amerika.

Di Jepun, orang Ainu turut mempunyai sindrom sama yang dipanggil imu, manakala Filipina pula silok. Semua ini dipanggil startle disorder (sindrom kejut) atau hypereksplexia. Sindrom ini biasanya diturunkan secara turun temurun dan juga ada pada genetik.
Catatan awal tentang latah ini dicatatkan oleh JR Logan, seorang peguam Inggeris ketika beliau dari Melaka ke Naning pada 1849. Beliau mengkaji tentang melatah, dan beliau mendapati wanita Melayu lebih ramai yang kena daripada lelaki, dan pada mulanya dianggap “rosak saraf”.
Gabenor Frank Swattenham juga mengkaji tentang melatah. Antaranya dalam buku tulisannya Malay Sketches pada 1895 menceritakan pengalamannya melihat pegawai polis yang melatah akibat gurauan dari teman sekerja.
Dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder (DSM), ia diletakkan dalam kategori DSM-IV. Antara sindromnya ialah echopraxia (mengulang balik kata orang tanpa terkawal), echolalia (mengulang-ulang sesuatu kata tanpa terkawal), terikut arahan orang tanpa terkawal.
Jikalau ada kawan yang melatah tu, janganlah selalu usik dia, atau buat kejutan pada dia kerana apabila seseorang itu melatah, orang itu tidak boleh mengawal badan dia. Kita yang tengok memanglah kelakar dan lawak, tapi kawan yang kena usik tu akan penat.
Sumber : PopPelangi

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)