Siakap Keli

Dengar Bunyi ‘Meletup’ Sebelum ‘Spring’ Logam Tertusuk Belakang Badan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun mengalami kemalangan yang mengerikan apabila bahagian belakang badannya tertusuk gegelung logam.

Kejadian yang berlaku di Lincolnshire itu terjadi apabila budak lelaki itu sedang bermain dengan permainan trampolin dan dengan secara tidak sengaja gegelung logam itu tertusuk di bahagian belakang badannya.

Gelung itu telah menembusi baju yang dipakai dan tertusuk beberapa sentimeter dari tulang belakangnya. Ekoran itu, dia segera dibawa ke Sheffield Children’s Hospital  di mana terpaksa menjalani pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan besi tersebut.

Menurut mangsa, kejadian itu berlaku ketika dia sedang melompat sebelum mendengar bunyi ‘meletup’ apabila gegelung logam berukuran 15cm tertanggal dari bouncer dan meluru terus ke bahagian belakangnya.

Tambahnya, dia merasakan kesakitan yang teramat apabila gegelung logam itu menusuk ke dalam tubuhnya. Namun, dia bernasib baik apabila masih sedarkan diri dan di bawa ke hospital.

Selesai pembedahan, doktor telah berjaya mengeluarkan gegelung logam itu yang telah menyebabkan lubang sedalam enam inci dalam kulitnya.

Bapanya yang nyata terkejut dengan kejadian yang menimpa anak lelakinya itu menasihati agar ibu bapa lebih berwaspada ketika membiarkan anak-anak mereka untuk bermain.

“Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Dia begitu berani. Saya mahu orang ramai mengetahui bagaimana trampolin berbahaya jika tiada perlindungan”

Gambar: BBC

Sumber: Rare.us

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra