Siakap Keli

Dipercayai Dibuli Di Sekolah, Doktor Keluarkan Ratusan Cebisan Kertas Dari Mata Budak 7 Tahun

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di China menangis kesakitan apabila doktor mengeluarkan puluhan cebisan kertas kecil yang tersangkut dalam kelopak matanya yang berpunca daripada perbuatan buli dilakukan rakan sekelasnya.

Menurut ibu bapanya, mereka hanya mengetahui tentang kejadian menimpa kanak-kanak itu  apabila melihat cebisan kertas kerap keluar daripada mata anak mereka sejak dua bulan lalu.

Perkara tersebut membawa kebimbangan kepada ibu kanak-kanak perempuan itu sekiranya cebisan kertas itu akan merosakkan penglihatan anaknya itu.

Doktor bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada kesemua cebisan kertas itu berjaya dikeluarkan atau tidak.

Sementara itu, guru besar Sekolah Rendah Dajian di bandar Yuzhou, wilayah Henan berkata, tiada guru bersama mangsa dan pembuli terbabit ketika kejadian itu berlaku.

Menurut mangsa, mereka telah mengoyakkan kertas kecil dan memilihnya secara rawak.

Susulan kejadian itu, Biro Pendidikan dan Sukan Yuzhou mengarahkan sekolah terbabit mengatur sesi kaunseling untuk mangsa dan turut mengkritik perbuatan pembuli terbabit.

Sumber: Daily Mail

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)