Siakap Keli
Gambar: Mahar Rani

Dipercayai Kain Tersangkut Rantai, Ibu Bawa Anak Baru Lahir Jatuh & Terlantar Atas Jalan Dari Motorsikal

Kemalangan adalah suatu perkara yang sukar dielakkan. Setiap hari, pasti akan ada kes kemalangan dicatatkan berlaku di Malaysia.

Walaupun pelbagai aspek keselamatan telah dilakukan serta diterapkan, ianya pasti akan berlaku sekiranya kita cuai. Pelbagai faktor boleh menjadi punca pada sesuatu kemalangan itu.

Dalam satu perkongsian yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Maha Rani, dia ada berkongsikan tentang kes kemalangan yang didakwa berlaku di hadapan sebuah sekolah yang terleta di Perak. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Dalam perjalanan ke koperasi Redang Punggur sempat membantu mangsa jatuh motor kerana kain isterinya tersangkut di rantai motor. Isterinya sedang menggendong anak kecil dan isterinya sedang dalam pantang.

Kejadian berlaku di hadapan SMK Sultan Abdullah Chenderong Balai Labu Kubung. Nasib baik kedua-dua anak mereka tidak mengalami kecederaan.

 

Mangsa nak pergi klinik nak buat rawatan selepas bersalin Alhamdulillah semua selamat kecuali ibu dalam mengerang kesakitan mungkin terhempas.

Itulah kasihnya ibu sanggup dirinya terhempas Demi memastikan anak kecilnya selamat. Masya Allah!!

 

Sumber: Maha Rani

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.